Seramai 3,662 usahawan terima manfaat Skim Pinjaman Harapan

GEORGE TOWN – Seramai 3,662 usahawan tempatan telah meneriman manfaat daripada bantuan Skim Pinjaman Harapan (SPH) sejak diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009 sehingga Oktober 2021.

Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain memberitahu bahawa angka tersebut adalah membabitkan nilai pinjaman berjumlah RM20.37 juta.

“Pada tahun 2020 sehingga Oktober 2021 pula, seramai 273 permohonan tetapi jumlah pinjaman telah diluluskan adalah sebanyak RM1.72 juta kepada seramai 195 usahawan.

“Bagi tatacara pemilihan pula, pasukan SPH akan menjalankan sisatan dan lawatan kepada semua pemohon sebelum meluluskan pinjaman dengan kadar kutipan yang memberangsangkan,” katanya semasa sesi penggulungan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14 di sini semalam.

Mengulas mengenai cadangan agar bantuan SPH turut disalurkan kepada penjaja kecil yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Halim berkata belum mempunyai perancangan mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak berhasrat untuk memberi pinjaman kepada penjaja kecil yang tidak berdaftar.

“Ini kerana syarat wajin bagi pinjaman bantuan SPH adalah berdaftar dengan SSM dan sekiranya ia diberikan kepada penjaja kecil tidak berdaftar, maka secara tidak langsung akan menambahkan lagi sokongan kepada perniagaan secara tidak sah,” jelasnya lagi.

Terdahulu, dalam pembentangan Belanjawan Pulau Pinang 2022 oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM1 juta bagi meneruskan bantuan SPH

Jumlah pinjaman yang diberikan melalui skim tersebut adalah antara RM1000 sehingga RM25,000 dan dibayar balik dalam jangka masa antara 1 hingga 3 tahun.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ALISSALA THIAN