Sertai Elders Day Celebration 2013 20 Okt. – Exco

Oleh: SITI FAIRUZ YAHAYA


GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Society of Active Generation of Elders (SAGE) menganjurkan Elders Day Celebration 2013 di Dewan Holy Spirit Cathedral dekat Jalan Besi di sini pada 20 Oktober depan bermula jam 7.00 petang.

“Kerajaan Negeri menganjurkan program itu sejak sedekad lepas bagi memperingati pengorbanan dan sumbangan warga emas di negeri ini,” ujar Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh di sini baru-baru ini.

Difahamkan, Boon Poh sendiri akan merasmikan keraian yang akan turut akan dihadiri oleh Jagdeep Singh (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat) dan dua dif kehormat, iaitu Datuk Goh Cheng Teik dan Datuk Teng Hock Nan.

Boon Poh berkata, pengunjung yang hadir pada keraian itu akan menerima cenderamata, selain, berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri senantiasa memberi sokongan pada keraian seumpama itu melalui penajaan program.

Tambah beliau, program tersebut dibuka kepada ahli SAGE dan warga tua lain dengan bayaran masuk RM30 setiap seorang.