Sertai pertandingan E-Sukan Julai depan, rebut hadiah lumayan

Admin

GEORGE TOWN – Sempena Program Sukan Untuk Semua atau ‘Sports for All’ pada Julai depan, Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee mempelawa golongan belia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan E-Sukan atau E-Sports terbuka dari 10 hingga 18 Julai 2021.

 

Menurut Lip Chee, tiga permainan E-Sukan akan dipertandingkan, iaitu Player Unknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile), DOTA 2 (PC Komputer) dan FIFA 21 Online (PS4 Console).

 

“Pertandingan ini akan dilaksanakan secara terbuka kepada golongan belia yang berumur dari 15 tahun hingga 35 tahun.


“Bagi acara PUBG Mobile dan DOTA 2, sekurang-kurangnya 3 orang peserta dari satu pasukan perlukan memenuhi salah satu syarat di bawah dimana mereka perlu dilahirkan, sedang bermastautin, sedang belajar atau bekerja di negeri Pulau Pinang.

 

“Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan ini adalah amat lumayan iaitu sebanyak RM8,000 iaitu RM4,000 bagi PUBG, RM2,000 bagi DOTA 2 dan RM 2,000 bagi FIFA 21,” ujar Lip Chee dalam satu sidang media secara maya melalui aplikasi Zoom semalam.

Turut serta, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) Harry Chai Heng Hua; Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Beliau Pulau Pinang (PYDC), Dr. Gwee Sai Ling.


Borang permohonan penyertaan boleh diperolehi melalui Google Form seperti berikut,

FIFA 21(ONLINE) https://forms.gle/MQzP5qs8bkxikYym6; DOTA 2(ONLINE),https://forms.gle/seMPPKAmTV9U3VD19; PUBGM(ONLINE), https://forms.gle/no2vU2pxXWCRGEUq9.

Heng Hua ketika berucap pula mengajak golongan belia dari seluruh negara khususnya Pulau Pinang untuk menyertai bengkel E-Sukan yang turut akan diadakan pada 10 Julai depan dari jam 9 hingga 11 malam secara live melalui Facebook Penang State Sports Council.

 

“Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada anak muda mengenai E-Sukan, mengajar kemahiran dan taktik bermain, hala tuju untuk menjadi pemain E-Sukan yang profesional dan sebagainya.

 

“Bengkel ini akan diberi tunjuk ajar oleh pemain-pemain yang pernah mewakili negara dalam acara E-Sukan ini,” maklumnya.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Chew Kok Rui (Ketua Unit Sports For All MSNPP) di talian 012-541 8966 atau Mohamad Khir, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang di talian 017-409 0757.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD