Sesi persekolahan 2019, ADUN agih baucar untuk pelajar

AZRUL Mahathir Aziz (kiri) menyampaikan baucar dari ZPP kepada salah seorang pelajar baru-baru ini.

BAYAN LEPAS – Menjelang sesi persekolahan 2019 yang akan dibuka beberapa minggu lagi, seramai 167 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di sini terpilih untuk menerima baucar bantuan persekolahan baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, pemilihan pelajar yang dalam kawasan Bayan Lepas dilaksanakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kominiti (JKKK) setempat.

Jadi sekiranya ada lagi masyarakat sekeliling yang anda kenal pasti memang daripada keluarga yang susah, anda boleh bawa kepada pengetahuan saya dan kita (Pusat Khidmat KADUN Bayan Lepas) akan mengadakan lawatan ke rumah untuk sahkan perkara tersebut sebelum menentukan jenis bantuan yang boleh diberikan.

Kita tidak mahu ada golongan tercicir yang tidak terbela, sama-sama kita mainkan peranan dan apa masalah yang timbul, saya mungkin tak tahu tetapi anda lebih mengetahui,” ujar beliau ketika menyampaikan Bantuan Persekolahan 2019 di hadapan Pusat Khidmatnya dekat Teluk Kumbar baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Azrul turut menyampaikan baucar pakaian persekolahan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada 150 orang penerima di kawasan yang sama.

Teks & Gambar: WATAWA NATAF ZULKIFLI