SMK Datuk Onn johan kali ke-3 Anugerah Sekolah Hijau MPSP

Admin
CHOW Kon Yeow (barisan belakang, empat dari kanan) dan Maimunah M o h d . S h a r i f f (barisan belakang, lima dari kanan) bergambar bersamasama kanak-kanak y a ng membua t p e r s e m b a h a n pada penganjuran Karnival Komuniti Hijau 2012 baru-baru ini di sini.
CHOW Kon Yeow (barisan belakang, empat dari kanan) dan Maimunah M o h d . S h a r i f f (barisan belakang, lima dari kanan) bergambar bersamasama kanak-kanak y a ng membua t p e r s e m b a h a n pada penganjuran Karnival Komuniti Hijau 2012 baru-baru ini di sini.
CHOW Kon Yeow
(barisan belakang,
empat dari kanan)
dan Maimunah
M o h d . S h a r i f f
(barisan belakang,
lima dari kanan)
bergambar bersamasama
kanak-kanak
y a ng membua t
p e r s e m b a h a n
pada penganjuran
Karnival Komuniti
Hijau 2012 baru-baru
ini di sini.

BUKIT MERTAJAM – Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu, Permtang Pauh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Onn, Butterworth diiktiraf sebagai johan Anugerah Sekolah Hijau Peringkat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semasa Karnival Komuniti Hijau 2012 baru-baru ini.

Johan kategori sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing menerima wang tunai RM2,000 serta sijil penyertaan.

Naib Johan dan ketiga bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) True Light, Kampung Juru dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kay Sin, Machang Bubuk dengan masing-masing menerima RM1,600 dan RM1,000 serta sijil penyertaan.

Kategori Sekolah Menengah pula menyaksikan Sekolah Menengah Convent, Bukit Mertajam mengisi tempat Naib Johan dengan menerima RM1,600 serta sijil penyertaan.

Manakala tempat ketiga dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Onn, Butterworth dengan membawa pulang tunai RM1,000 serta sijil penyertaan.

Sekolah-sekolah lain yang menyertai persaingan itu menerima sijil penyertaan daripada Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow dan Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MSPP).

“Bertemakan ‘Meraikan Komuniti Hijau’, diharap karnival serta Anugerah Sekolah Hijau’ mampu mendekatkan masyarakat terhadap aktiviti menjaga alam sekitar, termasuk program kitar semula, pengkomposan, kepekaan masyarakat terhadap kebersihan alam sekitar dapat direalisasikan bersama,” ujar Kon Yeow di Auditorium MPSP, di sini.