SPARK, initiatif pintas berfokuskan aspek kekeluargaan

Admin

PADANG LALANG – Aplikasi Internet of Things (IoT) dalam Sistem Amaran Paras Air Kawalan Banjir (SPARK) bukan sahaja membolehkan paras ketinggian air dikesan melalui ultrasonic sensor, bahkan maklumat amaran bencana turut boleh dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada para petugas Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) secara pintar.

Mengulas lanjut, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Jagdeep Singh Deo berkata, sistem SPARK tersebut dianggap sebagai salah satu mercu tanda MPSP dalam menjadikan Seberang Perai sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat.

“Ia (SPARK) dapat mengelakkan pembaziran sumber daripada segi tenaga kerja dan masa kerana mereka (para petugas MPSP) tidak perlu tunggu lagi (di rumah pam) sehingga (keadaan banjir) berlaku, yang mana menerusi sistem ini ia akan memberitahu masa yang patut mereka datang untuk membuat kerja pembersihan dan sebagainya,” jelasnya di Rumah Pam dekat Taman Desa Damai di sini pada 31 Julai 2019.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud serta dua pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) lain turut sertai sidang media tersebut.

Aplikasi SPARK berkenaan juga, menurut Jagdeep, adalah selaras dengan Visi Penang2020 yang digagaskan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, iaitu wawasan pembangunan masa depan negeri sehingga tahun 2030 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada aspek kekeluargaan.

“(SPARK) ini bukan sahaja bentuk penjimatan daripada segi tenaga, tetapi apabila kita jimat daripada segi tenaga, pekerja yang (tertugas tapi) tidak perlu berada di sini, boleh berada di rumah dengan keluarganya.

“Itu, bermaksudnya (SPARK) ini adalah initiatif pintas berfokuskan kepada aspek kekeluargaan,” ujarnya yang juga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

Jagdeep memberitahu, sehingga kini SPARK telah dipasang di 12 lokasi rumah pam milik MPSP.

Selain SPARK, tambah Jagdeep, MPSP turut melaksanakan tujuh sistem pintar lain demi menjadikan Seberang Perai sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat, iaitu:

• Integrasi sistem video analytic dan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Smart Traffic Analytics & Recognition System (STAR) oleh TM One Smart Services untuk alat kawalan lampu isyarat dengan menggunakan IoT.

• Pemasangan greenwave di persimpangan Jalan Bukit Tambun, Jalan Bukit Minyak dan Autocity menggunakan signal dan radio frequency (RF).

• Pelantikan Booth sebagai penambahan perkhidmatan pembayaran melalui E-Wallet.

• Sistem tempat letak kereta pintar (PSP) dengan alat penggesan khusus mesra pengguna.

Proof Of Concept (POC) Dell – Qlue Portal Smarcity iaitu sistem penyampian berkesan dan cekap kepada penduduk Seberang Perai.

Penang Smart Bus Stop yang dilengkapi dengan CCTV, Panic Button, Solar Panel, Wifi, Charging Pod dan Digital Advertising Panel.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD