Stesen bas selesa dibina demi rakyat

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

BALIK PULAU – Bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam kepada masyarakat di sekitar Taman Sri Indah, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Taufik Sulong mengambil inisiatif bersama sebuah syarikat swasta, Parasign bagi membina sebuah hentian bas di taman tersebut baru-baru ini.

Mohd. Taufik berkata, hasil kerjasama tersebut, sebuah stesen bas bernilai hampir RM 50,000 sedang dalam proses terakhir pembinaan bagi memenuhi keperluan penduduk yang menggunakan perkhidmatan engangkutan awam terbabit setiap hari.

“Hampir 15 tahun penduduk setempat di aman ini terpaksa berpanas, berhujan dan erdiri lama bagi menunggu bas kerana hentian edia ada (didirikan kerajaan terdahulu) tidak mempunyai struktur bumbung dan tempat duduk.

“Hentian bas tersebut masih dalam proses penambahbaikan kepada sebuah stesen yang mesra orang kurang upaya (OKU).

“Hasil daripada pembiayaan dan tajaan stesen bas tersebut, syarikat Parasign telah diberikan hak pengiklanan sepenuhnya dalam jangka masa yang ditetapkan,” ujarnya ketika dihubungi oleh Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, tambah Mohd. Taufik, hentian bas sama turut didirikan berhadapan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di sini.

“Saya berasa gembira kerana dapat menolong masyarakat setempat. Ini merupakan salah satu inisiatif yang bukan sahaja membantu penduduk, tetapi turut menyokong dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalulintas kini.

“Semua stesen bas di sini bakal dinaiktaraf hasil ikatan kerjasama terbabit. Malah, MPPP juga telah memperuntukkan sejumlah dana bagi menjalankan tanggungjawab sosial ini,” ujarnya.

MOHD. Taufik Sulong melawat hentian bas yang masih dalam fasa terakhir penambahbaikan di Taman Sri Indah di sini baru-baru ini.
MOHD. Taufik Sulong melawat hentian bas yang masih dalam fasa terakhir penambahbaikan di Taman Sri Indah di sini baru-baru ini.