Struktur konkrit haram diroboh

GEORGE TOWN – Unit penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah memulakan operasi merobohkan struktur tanpa kebenaran di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown ekoran aduan orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap masalah berbangkit.

Tindakan perobohan itu adalah disebabkan pemilik premis berkenaan membina struktur berkonkrit tanpa memohon kebenaran daripada pihak Majlis. Lanjutan itu, pemilik premis telah diberikan Notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sebelum ini, satu tempoh yang munasabah telah diberikan kepada pemilik agar mengambil tindakan susulan dan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun, tiada sebarang inisiatif dilakukan.

Pada 8 Disember 2011, pihak Majlis bersama 16 orang anggota penguatkuasa telah memulakan operasi perobohan yang diketuai oleh Merinu Bangunan, Haryani Hasim dan seorang Pegawai Penguatkuasa, Azizan Desa. Tindakan
perobohan berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

K E R J A - k e r j a perobohan sedang dijalankan oleh anggota penguatkuasa dengan bantuan jentera MPPP
K E R J A – k e r j a perobohan sedang dijalankan
oleh anggota penguatkuasa dengan bantuan
jentera MPPP