Sumbangan 60 bekas kuih raya hargai kakitangan JPP

Admin

SERI DELIMA – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid petang tadi menyampaikan 60 bungkusan kuih raya kepada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran (JPP) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Penyampaian tersebut jelasnya sebagai penghargaan kepada kakitangan JPP yang menjadi tunjang kebersihan di Seri Delima.


“Hari ini kita edar kuih raya ini adalah untuk kepada barisan hadapan dari MBPP yang turut sama siapsiaga memerangi wabak COVID-19 dan menjaga kebersihan persekitaran di Seri Delima.

“Selain itu, edaran ini dapat juga menolong ‘homemaker’ di Seri Delima untuk pendapatan menambah pendapatan sampingan terutamanya persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 Mei ini,” ujar Syerleena dalam satu kenyataan kepada Buletin Mutiara.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi MBPP, Tan Soo Siang dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) Seri Delima, Kristine Wong.


Edaran enam
goodies bag hari raya turut disampaikan kepada kakitangan di Pejabat Pos Sungai Gelugor.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN