Sumbangan kepada golongan kurang mampu

MOHD. Fahmi bergambar kenang-kenangan dengan para penerima sumbangan hamper sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sungai Dua di sini baru-baru ini.
MOHD. Fahmi bergambar kenang-kenangan dengan para penerima sumbangan hamper sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sungai
Dua di sini baru-baru ini.

SEHATI SEJIWA… Pejabat Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Dua baru-baru ini telah menganjurkan majlis sumbangan hamper kepada masyarakat berbangsa Toinghua di Dewan JKKK Sungai Dua di sini.

Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Sungai Dua, Mohd. Fahmi Abd. Wahab berkata beliau turut menjadikan pemberian sumbangan ini sebagai tradisi setiap tahun dalam meraikan masyarakat Cina yang kurang berkemampuan.

Turut disumbangkan adalah kepada orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal di seluruh kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Dua.

Menurut Mohd. Fahmi, sumbangan tersebut tidaklah seberapa, namun, ia mampu mengukir senyuman di wajah penerima dalam menyambut kehadiran Tahun Naga Air tahun ini.