Sumbangan kerusi roda ringankan beban

Admin

 

ZAHARAH Mat Isa dibantu kedua ibu bapanya sambil diperhatikan Rosidi Hussain (berdiri, tengah) ketika mencuba kerusi roda diterimanya.
ZAHARAH Mat Isa dibantu kedua ibu bapanya sambil diperhatikan Rosidi Hussain (berdiri, tengah) ketika mencuba kerusi roda diterimanya.

PENAGA – Sumbangan dua buah kerusi roda oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga menjadi penyuntik semangat kepada dua mangsa kemalangan di sini baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras DUN Penaga, Rosidi Hussain berkata, penerima-penerima kerusi roda tersebut adalah Zaharah Mat Isa dan Mohd. Tarmizi Muhammad Bakor Kapor.

Zaharah yang menetap di Lahar Kepar lumpuh selepas terlibat di dalam kejadian kemalangan beberapa tahun lalu manakala Mohd. Tarmizi merupakan pelajar tingkatan empat yang mengalami nasib yang sama.

Walaupun sumbangan tersebut tidak seberapa, namun, ia diharapkan dapat membantu meringankan beban ditanggung mereka,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini.

ROSIDI Hussain berbual dengan Mohd. Tarmizi Muhammad Bakor Kapor selepas penyerahan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan beliau di sini.
ROSIDI Hussain berbual dengan Mohd. Tarmizi Muhammad Bakor Kapor selepas penyerahan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan beliau di sini.