Sumbangan kepada penduduk kurang berkemampuan

Admin

MANSOR Othman (dua dari kanan) bersama Salehin Mohamed (kanan sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kurang berkemampuan di Majlis Hi-Tea Bersama TKM I di Dewan Sri Kenangan, Taman Emas, Bagan Ajam, di sini, baru-baru ini.
MANSOR Othman (dua dari kanan) bersama Salehin Mohamed (kanan sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kurang berkemampuan di Majlis Hi-Tea Bersama TKM I di Dewan Sri Kenangan, Taman Emas, Bagan Ajam, di sini, baru-baru ini.

 

TELOK AIR TAWAR – Sebuah Majlis Hi-Tea bersama Timbalan Ketua Menteri I (TKMI), Datuk Mansor Othman telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Air Tawar di Dewan Sri Kenangan, Taman Emas, Bagan Ajam, di sini, baru-baru ini.

Menurut Pegawai Penyelaras KADUN Telok Air Tawar, Salehin Mohamed, majlis tersebut diadakan bukan sahaja untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat, malah, juga bagi merapatkan hubungan antara pemimpin negeri dengan orang awam. Selain itu, majlis seumpama ini juga dapat memberi peluang kepada pemimpin negeri untuk mendalami dan mendekati masyarakat sekaligus mengetahui permasalahan yang dihadapi rakyat.

Majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),Ahmad Farid Md. Arshad dan Johari Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan komuniti (JKKK) Pekan Darat, Syed Jamaluddin, dan Pengerusi JKKK Bagan Ajam, Ismail Jemani serta wakil-wakil cabang diserikan lagi dengan pemberian sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan sekitar Bagan Ajam. Selain itu, seramai 10 pelajar turut menerima sumbangan daripada TKMI.