Sumbangan raya kepada guru SAR

MANSOR Othman (kiri sekali) menyampaikan kemeja-t kepada salah seorang wakil Pemuda Qaryah Masjid Kubang Semang sambil diperhatikan Abdul Malik Abul Kassim (kanan sekali) pada Majlis Penyampaian Inisiatif Meraikan Guru-guru SAR Peringkat Daerah SPU dan SPT di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (kiri sekali) menyampaikan kemeja-t kepada salah seorang wakil Pemuda Qaryah Masjid Kubang Semang sambil diperhatikan Abdul Malik Abul Kassim (kanan sekali) pada Majlis Penyampaian Inisiatif Meraikan Guru-guru SAR Peringkat Daerah SPU dan SPT di sini baru-baru ini.

PENANTISeramai 120 guru-guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima saguhati masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini baru-baru ini.

Majlis penyerahan saguhati telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kubang Semang , Penanti disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman.

Hadir sama menyampaikan sumbangan saguhati tersebut, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man.

Selain guru-guru SAR, turut menerima sumbangan berupa hamper keperluan asas dan duit raya ialah 136 asnaf dan fakir miskin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dan Permatang Pasir.

Malah, 180 kemeja – turut diserahkan kepada wakil Pemuda Qaryah Masjid Kubang Semang bagi tujuan penyeragaman dalam majlismajlisdiadakan dari semasa ke semasa di sini.

Mansor berkata, sumbangan tersebut bukan sahaja sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang atas usaha guru-guru SAR yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa, malah, turut menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri adalah sebuah kerajaan berjiwa rakyat.

“Semoga kehadiran Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat mereka,” katanya pada Majlis Penyampaian Inisiatif Meraikan Guru-guru SAR Peringkat Daerah SPU dan SPT di sini baru-baru ini.