Taman Mini Balik Pulau direalisasikan

 

kETua Menteri, abdul Halim Hussain (tiga dari kiri), Patahiyah ismail (empat dari kiri) dan Chow kon Yeow (enam dari kiri) menunjukkan tanda bagus selepas selesainya Majlis Pelancaran Taman Mini Balik Pulau di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri, abdul Halim Hussain (tiga
dari kiri), Patahiyah ismail (empat dari kiri) dan
Chow kon Yeow (enam dari kiri) menunjukkan tanda bagus selepas selesainya Majlis Pelancaran Taman Mini Balik Pulau di sini baru-baru ini.

BALIK PULAU Taman Mini Balik Pulau yang dilancarkan baru-baru ini bakal diperbesarkan bagi pembangunan interaktif dengan menempatkan pelbagai peralatan rekreasi untuk kemudahan penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohamed Akbar Mustapha berkata, kawasan seluas 958 meter persegi diperuntukan untuk pembangunan fasa dua yang dijangka bermula pertengahan tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun sama ataupun pertengahan 2014.

“Pembangunan interaktif yang bakal melengkapkan kepelbagaian perlatan senaman, trek jogging dan taman permainan kanak-kanak merupakan projek fasa dua Taman Mini Balik Pulau.

“Ia akan dibangunkan bersebelahan dengan projek fasa satu (pembangunan pasif) membabitkan kawasan seluas 744 meter persegi yang dilancarkan baru-baru ini,’’ katanya ketika ditemui Buletin Mutiara pada Majlis Pelancaran Taman Mini Balik Pulau di sini.

Majlis tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff dan Yang Dipertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail.

Taman Mini Balik Pulau merupakan taman rekreasi pertama di Pulau Pinang yang memiliki arca buah-buahan iaitu arca buah pala yang sinonim dengan Balik Pulau.

Guan Eng menjelaskan bahawa projek yang menalan belanja RM190,000 di bawah peruntukan MPPP untuk program Pulau Pinang Bersih Hijau Berjaya disiapkan dalam tempoh empat bulan.

Dalam pada itu, katanya, MPPP kini juga sedang giat menjalankan projek penghijauan Jalan Datok Keramat dengan penanaman 180 pokok teduhan, projek pengindahan Protestant Cemetery untuk dijadikan ‘Park Like’, projek penghijauan Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh, pembinaan ‘Pocket Park’ di Jalan Irrawadi yang bakal dilaksanakan pada tahun ini.

HaMiDaH Pak Wan Chik.
HaMiDaH Pak Wan Chik.

Sementara itu, bagi salah seorang penduduk, Hamidah Pak Wan Chik, 54, yang berasal dari Sungai Rusa di sini menyatakan bahawa beliau dan keluarga akan menggunakan kemudahan dibekalkan dengan sebaik mungkin.

“Daripada membiarkan Tanah lapang bersemak samun, taman ini bukan hanya menceriakan Balik Pulau, malah, juga menjadi lokasi sesuai untuk penduduk setempat menjalankan aktiviti-aktiviti riadah.

“Diharap lebih banyak taman akan dibangunkan dengan penanaman pelbagai pokok buahbuahan tempatan seperti durian, rambutan dan buah pala akan diwujudkan,’’ ujarnya.