Tanah Jln Taman Free School – MPPP jawab dakwaan Gerakan

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWNAhli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Tan Hun Wooi dan Teh Lai Heng menggesa pihak pembangkang, Parti Gerakan Pulau Pinang (Gerakan) agar menyemak fakta terlebih dahulu sebelum menyiarkan sesuatu berita di dalam akhbar.

Hun Wooi dalam siding media ringkas berkata, sebelum ini, ahli-ahli Gerakan telah membuat tuntutan melalui sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa MPPP telah menjual sebidang tanah berukuran 0.599 ekar di Jalan Taman Free School dengan nilai RM2 juta.

“Dalam laporan tersebut, ahli-ahli Gerakan telah mempersoalkan mengapa Tanah tersebut tidak digunakan untuk tujuan kemudahan awam, sebaliknya telah dijual.

“Menjelaskan mengenai status tanah tersebut, MPPP telah meneliti, membuat kajian dan memutuskan untuk menjual tanah tersebut ekoran saiznya terlalu kecil untuk dibangunkan dengan harga RM5.72 juta dan bukannya RM2 juta sebagaimana didakwa pihak terbabit.

“Tambahan pula, pada jarak 1.5 kilometer di kawasan sekitarnya telah terdapat kemudahan awam yang lengkap seperti pasar, perpustakaan mini, taman dan juga stadium,” ujarnya bagi menjawab dakwaan Gerakan di sini baru-baru ini.

Tambah Hun Wooi, hasil daripada penjualan Tanah tersebut, MPPP menyalurkan wang itu ke dalam dana berasingan untuk membangunkan sebidang Tanah di Teluk Kumbar, di sini.

“Sebidang tanah di Teluk Kumbar telah dikenalpasti untuk dibangunkan dengan kepelbagaian kemudahan awam seperti pasar, dewan serbaguna, perpustakaan mini dan taman mini (pocket park).

“Ini adalah ekoran populasi penduduk yang semakin meningkat di kawasan Barat Daya yang memerlukan pembangunan kemudahan berbanding di Jalan Taman Free School. Malah, ia juga bagi mengelakkan pembaziran,’’ tegas beliau.

TAN Hun Wooi (kanan) dan Teh Lai Heng menunjukkan gambar sebidang tanah di Jalan Taman Free School yang diisukan Gerakan di sini baru-baru ini.
TAN Hun Wooi (kanan) dan Teh Lai Heng menunjukkan gambar sebidang tanah di Jalan Taman Free School yang diisukan Gerakan di sini baru-baru ini.