Terima kunjungan hormat, kongsi sejarah dan peranan pertubuhan

Admin
whatsapp image 2024 01 05 at 15.57.13

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Negeri Pulau Pinang (MJPNPP) yang diketuai Presidennya, Datuk Kho Hai Meng @ Hee Hai Ming di sini.

Selain menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan semula Kon Yeow sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua, delegasi MJPNPP antara lain turut menyampaikan Laporan Aktiviti Tahunan Bagi Tahun 2022 – 2023 berserta sebuah buku bertajuk ‘Essential Skills in Mediation’ kepada Kon Yeow.

whatsapp image 2024 01 05 at 15.57.13 (1)
KETUA Menteri mendengar penerangan yang disampaikan oleh Setiausaha Kehormat MJPNPP.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat MJPNPP, Datuk Ong Seng Huat turut memberi penerangan berhubung sejarah penubuhan MJPNPP termasuk peranan dan hala tuju majlis pengantaraan terutama dari sudut perundungan, kerja sosial serta kemasyarakatan.

Turut dibangkitkan adalah cadangan untuk mewujudkan sebuah pejabat kekal yang lebih selesa dan boleh dimaksimumkan untuk manfaat rakyat Pulau Pinang termasuk mengadakan latihan kemahiran pengantaraan, memandangkan kini MJPNPP beroperasi di pejabat sementara di George Town.

Usai pertemuan, MJPNPP menzahirkan penghargaan kepada Kon Yeow serta kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang banyak membantu kelangsungan MJPNPP sehingga kini.

Hadir sama dari MJPNPP ialah Dr. Ong Tat Lien (Timbalan Presiden); Datuk Teoh Chung Hor @ Teoh Kooi Sneah (Naib Presiden); Datuk Tan Piek Kean (Bendahari Kehormat); Datuk Yeap Chip Tong, Datuk Seri Markend D. Joshi dan Datuk Liong Ah Sow @ Liang Thau Sang (Ahli Jawatankuasa).

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : NURATIKAH RAHMAT