Tiada kompromi soal kebersihan

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

BUKIT TENGAH – Hasil maklum balas orang ramai berhubung tahap kebersihan sebuah restoran multinasional di Juru Autocity, satu pemeriksaan mengejut dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama beberapa agensi berkaitan di sini baru-baru ini.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak
mengosongkan bekas sampah, tong sampah tidak ditutup, sinki dipenuhi timbunan pinggan – mangkuk belum dibasuh dan terdapatnya najis-najis tikus.

“Justeru, dua kompaun dikeluarkan terhadap restoran berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan : Pengendali Makanan (1991),’’ katanya di sini baru-baru ini.

Turut serta dalam pemeriksaan tersebut adalah Jabatan Kesihatan Negeri. Seang Hooi dalam pada itu menegaskan bahawa MPSP tidak akan berkompromi dalam soal kebersihan dan kesihatan awam.

“Amaran keras akan diberikan terhadap pengurus restoran berkenaan dan pemeriksaan lanjut bakal dijalankan bagi memastikan segala kesalahan dilakukan telah diperbetulkan,’’ ujar beliau.

TEOH Seang Hooi menunjukkan bekas-bekas kotor di dapur restoran yang diperiksa di sini baru-baru ini.
TEOH Seang Hooi menunjukkan bekas-bekas kotor
di dapur restoran yang diperiksa di sini baru-baru ini.