Time Out Penang : potret sebenar Pulau Pinang

MAJALAH Time Out Penang.
MAJALAH Time Out Penang.

GEORGE TOWN – “Inilah buku panduan terbaik yang diterbitkan yang menggambarkan Pulau Pinang secara menyeluruh,” ujar Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika Majlis Perasmian Time Out Penang, The Insider’s Guide to Penang2011/12, di sini.

Saya merasakan seolah-olah saya dibawa melancong menikmati keindahan Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan warganya,” ulas beliau lagi.

Time Out Penang adalah majalah terbitan tahunan oleh Mongoose Publishing (M) Sdn.Bhd.. Kandungan majalah ini merangkumi maklumat kepada pelancong tentang hotel-hotel, spa-spa yang terdapat di Pulau Pinang, kompleks membeli-belah, restoran-restoran, tapak warisan dan pelbagai menu-menu tradisional masyarakat di Pulau Pinang.

Mengandungi 150 mukasurat, Time Out Penang adalah rentetan terbitan Time Out Kuala Lumpur dan Time Out terdapat di lebih 40 buah negara seluruh dunia sebagai majalah panduan pelancongan terunggul. Time Out Penang kini boleh didapati di kedai-kedai buku utama, pusat warisan dunia dan lapangan terbang pada harga RM38 senaskah atau boleh didapati melalui pembelian online dengan diskaun sebanyak 10%.

Time Out Penang turut mendapat suntikan daripada Penang Global Tourism dalam merancakkan lagi sektor pelancongan negeri sekaligus mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pilihan.