Tingkat kesedaran, MBPP adakan taklimat  pencegahan 2019-nCoV kepada kakitangan

Admin

TINGKAT KESEDARAN…. Seramai 150 kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diberikan Taklimat Pencegahan Jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) di sini pagi ini.

Taklimat disampaikan oleh Pakar Kesihatan Awam, Kawalan Penyakit Berjangkit yang dijemput khas dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) iaitu Dr. Chow Sze Loon.

Taklimat yang berlangsung hampir dua jam tersebut memfokuskan kepada isu wabak 2019-nCoV dan cara-cara pencegahan yang boleh dilaksanakan.

Antara yang menjadi topik taklimat adalah cara-cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran, melawan sebaran berita palsu, saringan kesihatan dan masalah-masalah berkaitan 2019-nCoV.

Turut menyertai kakitangan pelbagai jabatan ialah Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang; Dato’ Addnan Mohd. Razali (Setiausaha Bandaraya) dan Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : CHAN KOK KUAN