Tol PLUS hapus jika PR kuasai Putrajaya di PRU13

KETUA Menteri (dua dari kanan) bersama pemimpinpemimpin PR di Konvensyen PR Ke-3 di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri (dua dari kanan) bersama pemimpin-pemimpin PR di Konvensyen PR Ke-3 di sini baru-baru ini.

ALOR SETAR – Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan berusaha menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekiranya memerintah Putrajaya di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Demikian ucapan penggulungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 pada 14 Januari lepas, di sini.

Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya boleh menyelesaikan isu tol tersebut sekiranya mereka mahu mengurangkan beban hidup rakyat.

“Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu, keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS,” kata beliau.

Ucapan Setiausaha Agung DAP Kebangsaan itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir, baik daripada DAP, PKR serta PAS.

Beliau berkata, janji tersebut hanya melibatkan PLUS sahaja, tidak membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat turut mengulangi komitmen untuk menurunkan harga minyak serta barang keperluan asasi rakyat yang lain demi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Semua tawaran Pakatan Rakyat sebagaimana yang dicatatkan dalam Buku Jingga itu tidak mustahil dilaksanakan kelak.

“Ini kerana katanya, Pakatan Rakyat sejak memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah pada Mac 2008 lepas telah berjaya memperbaiki kualiti hidup rakyat jika dibandingkan dengan era Barisan Nasional memerintah negeri berkenaan.