TransNusa lancar penerbangan sulung Jakarta–Pulau Pinang

Admin
c1ca7d0b 1720 4932 b387 c9ba42b137e6

BAYAN LEPAS – Syarikat penerbangan TransNusa melakar satu lagi pencapaian penting apabila penerbangan sulung Jakarta–Pulau Pinang mendarat dengan jayanya hari ini.

e091991b 5f07 4969 89cb 5f8413ac4e0cExco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, penerbangan terus itu menjadi pemangkin kepada peningkatan aliran pelancong serta memantapkan jaringan mobiliti antara Indonesia dan Malaysia.

Menurutnya, ketibaan TransNusa ke Pulau Pinang merupakan detik bersejarah yang bukan sahaja memperluas rangkaian penerbangan antarabangsa negeri, malah memperkukuh hubungan ekonomi, budaya dan persahabatan antara Pulau Pinang dan Indonesia.

“Keputusan TransNusa untuk membuka laluan langsung Jakarta–Pulau Pinang mencerminkan keyakinan syarikat penerbangan itu terhadap potensi sebenar negeri ini sebagai destinasi pelancongan, perubatan dan perniagaan.

“Perkhidmatan baharu Jakarta–Pulau Pinang ini akan beroperasi setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, dengan penerbangan harian dijadualkan bermula pada Disember 2025.

“Selain itu, dengan kapasiti sebanyak 174 tempat duduk, pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 5 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sekitar jam 8.30 pagi dengan tempoh penerbangan kira-kira 1 jam 25 minit,” jelasnya semasa menyempurnakan majlis berkenaan dekat sini sebentar tadi.

4965bbfa 5e29 402c 8c1d 8a038c3405a3
ANTARA barisan dif-dif kehormat yang turut hadir sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TransNusa, Dato’ Bernard Francis; Pengarah TransNusa, Leo Budiman; Jeneral Konsulat Indonesia Penang, Wanton Seragih Sid; Timbalan Ketua Pengarah Promosi (II) Tourism Malaysia, Lee Thai-Hung dan Ketua Pengarah Eksekutif Penang Global Tourism, Ooi Chok Yan.

Mengulas lanjut, Hon Wai turut menyatakan bahawa daya tarikan Pulau Pinang dalam kalangan pelancong Indonesia terbukti melalui peningkatan ketibaan pelawat (Indonesia) ke negeri ini.

“Sehingga suku ketiga 2025, Pulau Pinang menerima seramai 284,364 pelawat Indonesia iaitu meningkat sebanyak 12.3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2023 yang menghubungkan penerbangan terus ke Pulau Pinang.

“Hal ini membawa maksud bahawa status Tapak Warisan Dunia UNESCO, kepelbagaian kulinari bertaraf antarabangsa, keunggulan pelancongan perubatan mahupun ekosistem budaya dan kreatif yang semakin menyerlah.

“Susulan itu, Indonesia terus muncul sebagai pasaran pelancong antarabangsa paling signifikan bagi Pulau Pinang sejak tiga tahun kebelakangan ini,” katanya.

2f5a3d41 1b74 4f35 b3a3 1d2e06e8c75eSementara itu, Bernard turut memaklumkan bahawa pelancaran laluan tersebut merupakan langkah sebahagian daripada strategi jangka masa panjang memperkukuh kedudukan di hab serantau utama.

“Jakarta–Penang adalah laluan yang dipilih dengan teliti bagi mengukuhkan kehadiran kami di hab utama rantau ini, sambil memberikan pilihan perjalanan yang lebih lancar dan mudah antara dua kota yang penuh kehidupan.

“Pengenalan laluan baharu ini dengan strategi pengembangan TransNusa adalah jelas kerana menawarkan nilai tambah sebenar kepada penumpang selain menyokong perhubungan yang lebih kukuh merentasi pusat mobiliti serantau,” jelasnya lagi.

Tambah Bernard, kejayaan membuka laluan tersebut dalam masa yang singkat turut dipacu kerjasama erat semua rakan strategik.

“(Pihak) Tourism Malaysia, LTAPP dan pasukan kami bergerak dengan jelas serta penuh momentum.

“Pogram insentif jangka panjang LTAPP, khususnya merupakan kelebihan yang jarang ditemui di lapangan terbang sekunder, dan menjadi faktor utama yang membantu kita bergerak dengan yakin dan efisien,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Bernard turut menegaskan komitmen TransNusa dalam menawarkan perkhidmatan premium yang menekankan keselesaan dan pengalaman perjalanan yang lebih baik.

“Laluan baharu ini memberi TransNusa peluang untuk terus menunaikan janji tersebut kepada lebih ramai penumpang.

“Kejayaan ini adalah milik kita bersama dan ia membuka ruang kepada lebih banyak peluang apabila kita terus memperluas kesalinghubungan serantau,” ucapnya.

6fa4ed8e bbf4 4fa0 9cb8 fccec4a09ac3 3a22b6b5 4627 4fa4 ac66 beae3a7a1582 349b8c1f 1577 4abe 855e 62145562999f 0b2995ed ad48 47bb 966f 72ba177ee220

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT