Wakil JPS Pusat kunjungi KM, RM1.5 bilion anggaran projek tebatan banjir dipertimbangkan

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pagi ini menerima kunjungan rombongan Timbalan Ketua Pengarah I Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pusat, Ir. Abdullah Isnin di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Exco Kerjaya Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari yang turut menyertai majlis kunjungan hormat itu memberitahu bahawa mereka saling berbincang mengenai rancangan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan melaksana projek-projek tebatan banjir bernilai kira-kira RM1.5 bilion.

“Abdullah turut menyatakan bahawa keperluan Pulau Pinang akan diberi perhatian bagi memastikan masalah banjir di negeri ini dapat diatasi,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga di sini 16 November 2018.

Pada 1 November lalu, Zairil mengumumkan Pelan Induk Perparitan Daerah Timur Laut dengan anggaran belanja hampir RM1 bilion telahpun diluluskan.

Bercakap kepada pemberitahu, beliau menyatakan bahawa pihaknya melalui Belanjawan 2019 Pusat akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin peruntukan Persekutuan bagi melaksanakan projek-projek berwajib sebagaimana dirancang oleh JPS Pulau Pinang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB