Wanita Kg. Titi Teras semarakkan Ramadhan

Admin
MOHD. Tuah Ismail (kiri sekali) ketika menyampaikan tazkirah kepada golongan wanita bersempena program Semarak Ramadhan Bersama Wanita Kampung Titi Teras, Pulau Betong di sini baru-baru ini.
MOHD. Tuah Ismail (kiri sekali) ketika menyampaikan tazkirah kepada golongan wanita bersempena program Semarak Ramadhan Bersama Wanita Kampung Titi Teras, Pulau Betong di sini baru-baru ini.

RAIKAN… Sempena kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak, Perpustakaan Desa PNM Titi Teras telah menganjurkan program Semarak Ramadhan Bersama Wanita Kampung Titi Teras di sini baru-baru ini.

Program diselitkan bacaan Yasin dan doa selamat itu turut mendapat suntikan rohani apabila pihak penganjur menjemput Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail untuk menyampaikan tazkirah sempena Ramadhan al-Mubarak.

Menurut Mohd. Tuah, pengisian program tersebut amat baik dan harus dijadikan program bulanan agar ukhuwah dapat dirapatkan terutama bagi wanita di Kampung Titi Teras. Malah, beliau sendiri turut menggalakkan pelaksanaan aktivitiaktiviti melibatkan kaum wanita bagi membolehkan golongan tersebut berkongsi pengalaman masing-masing.

Dalam pada itu, Mohd. Tuah turut mengingatkan para wanita yang hadir untuk merebut peluang tidak kira sama ada pada bulan Ramadhan mahupun sebaliknya untuk meningkatkan produktiviti dan amal ibadah.

Seramai 40 wanita hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan buah kurma.