Karnival Mesra Harmoni Datok Keramat mantap

Admin
PERSEMBAHAN boria Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
PERSEMBAHAN boria Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

DATOK KERAMAT – Penganjuran julung kali Karnival Mesra Harmoni Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datok Keramat berjaya mencapai objektif dengan penerapan nilainilai kejiranan utuh serta penyemaian semangat kerjasama dalam kalangan komuniti kawasan berkenaan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, program tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan mesra sesama tetangga, mengekalkan silaturahim yang terjalin dan saling bantumembantu dalam kalangan penduduk di sini.

“Karnival yang diadakan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kebun Lama ini bukan sahaja sarat dengan aktiviti komuniti, malah, turut diselitkan elemen kerohanian serta nilai-nilai murni antaranya pertandingan azan, pertandingan hafazan, sukaneka, sepak takraw bulatan, tarian tali dan tarian bhangra.

“Selain itu, pertunjukkan silat dari kumpulan Seni Silat Cekak Malaysia diketuai, Shahrul Khairuddin dan boria Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang turut dipersembahkan,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus mengadakan program penuh bermakna tersebut.

JAGDEEP Singh Deo (barisan belakang lima dari kiri) bergambar bersama-sama pemenang acara sukaneka sempena penganjuran Karnival Mesra Harmoni di sini baru-baru ini.
JAGDEEP Singh Deo (barisan belakang lima dari kiri) bergambar bersama-sama pemenang acara sukaneka sempena penganjuran Karnival Mesra Harmoni di sini baru-baru ini.