Warga emas tinggal sebatang kara peroleh perhatian

Admin
LAY Hock Peng (dua dari kiri) menyampaikan beg bekalan makanan kepada wakil bagi Mohd Desa Mat Yahya yang duduk di muka pintu rumah di sini pada Ahad lepas.

PENAGA – Menetap di Kampung Dua Puluh Tepi Laut dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga, Mohd. Desa Mat Yahya, 80 bukan hanya hidup sebatang kara malah juga merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

 

Setelah mendapat maklum balas penduduk setempat, Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri, Lay Hock Peng terus menziarahi individu berkenaan serta menyampaikan pek bakul makanan.

 

“Kebiasaannya, Encik Mohd. Desa dijaga oleh adiknya yang berusia 70 tahun serta anak perempuan adik beliau.

 

“Kehidupan asal mereka sudah agar sukar, namun wabak (COVID-19) semasa ini menjejaskan lagi kehidupan mereka.

 

“Penduduk tempatan telah memberitahu Pasukan Perkhidmatan Pejabat kami supaya keluarga berkenaan dapat dibantu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada 25 Julai 2021.

 

Turut serta, Ketua Pasukan Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri, Yusri.

 

Di samping itu, Hock Peng memberitahu bahawa pihaknya turut membantu apabila dimaklumkan bahawa Mohd. Desa masih belum mendapatkan suntikan vaksin

 

Dalam perkembangan berkaitan, Hock Peng menyatakan bahawa pihaknya banyak mendapat laporan mengenai warga emas yang terjejas hidup akibat pelaksanaan fasa-fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

“Pihak kami akan terus membantu semana terdaya demi kebajikan semua pihak di kawasan ini,’’ ulasnya.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : PEJABAT PEGAWAI PENYELARAS