Waris dan ibu tunggal 5 daerah terima sumbangan KN

Admin
TIMBALAN Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman (dua dari kiri) sambil ditemani Ketua Menteri menyampaikan sumbangan kepada penerima bagi peringkat daerah Seberang Perai Tengah.
TIMBALAN Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman (dua dari kiri) sambil ditemani Ketua Menteri menyampaikan sumbangan kepada penerima bagi peringkat daerah Seberang Perai Tengah.

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

GEORGE TOWNSeramai 1,148 waris kepada warga emas berdaftar di bawah Program Penghargaan Warga Emas yang telah meninggal dunia menerima sumbangan pengurusan jenazah bernilai RM1,000 (setiap seorang) membabitkan lima daerah di seluruh negeri ini di sini baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, 263 waris adalah dari Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah (160), Daerah Seberang Perai Selatan (76), Daerah Timur Laut (513) dan Daerah Barat Daya (136).

SPEAKER Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain (kanan sekali) mendengar penjelasan daripada salah seorang penerima pada majlis penyampaian peringkat Daerah Barat Daya.
SPEAKER Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain (kanan sekali) mendengar penjelasan daripada salah seorang penerima pada majlis penyampaian peringkat Daerah Barat Daya.

Serentak itu, seramai 1,536 ibu tunggal turut menerima sumbangan bernilai RM100 daripada Kerajaan Negeri di majlis-majlis sama yang diadakan.

Seramai 412 ibu tunggal adalah dari Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah (329), Daerah Seberang Perai Selatan (165), Daerah Timur Laut (448) dan Daerah Barat Daya (182). Sumbangan RM100 merupakan sumbangan tahunan yang diberikan kepada golongan ibu tunggal di negeri ini.

PEGAWAI Penyelaras KADUN Permatang Berangan, Arshad Md. Salleh (kanan sekali) dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Jusni Ismail (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima peringkat daerah berkenaan.
PEGAWAI Penyelaras KADUN Permatang
Berangan, Arshad Md. Salleh (kanan sekali)
dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Jusni Ismail (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima peringkat daerah berkenaan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang hadir di kelima-lima daerah untuk menyampaikan sendiri sumbangan tersebut menyatakan bahawa sumbangan khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris adalah untuk pengurusan jenazah waris masing-masing.

“Walaupun sumbangan yang disampaikan kecil, tetapi ia diharap dapat mengurangkan beban ditanggung keluarga masing-masing,’’ katanya baru-baru ini.

PEGAWAI Penyelaras KADUN Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar (kanan sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis penyampaian peringkat Daerah Seberang Perai Selatan.
PEGAWAI Penyelaras KADUN Sungai Acheh,
Mohd. Kamil Abu Bakar (kanan sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis penyampaian peringkat Daerah Seberang Perai Selatan.