YDP syor komuniti respons nama baharu Pernyataan Misi Seberang Perai 2022

BUKIT TAMBUN – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam tempoh dua tahun mulai 30 Ogos lalu mula mengedarkan borang kaji selidik serta tinjauan dalam talian di portal www.mpsp.gov.my, untuk penduduk menentukan 10 keutamaan strategik yang mesti dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan dalam tempoh 2018 hingga 2022.

Mengulas lanjut, Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud berkata, syor Pernyataan Misi Seberang Perai Tahun 2016 sebagai nama baharu Pelan Strategik 2018 – 2022, turut mendapat maklum balas responden dalam tempoh kaji selidik kali ini.

“Perancangan strategik kita (MPSP) yang lama adalah 2014 hingga 2018…sebelum habis, kita (MPSP) akan buat pelan strategik lima tahun yang baru.

“Tahun ini, kita menjenamakan semula, kita tak panggil Perancangan Strategik MPSP, tapi kita panggil Pernyataan Misi Seberang Perai.

“Ia menjadi milik rakyat Seberang Perai, kita minta semua supaya ambil bahagian dari mula dalam membentuk Penyataan Misi Seberang Perai ini,” ucapnya di Pusat Sumber Alam Sekitar Perkampungan Valdor di sini 17 September lepas.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun yang merasmikan pembukaan pusat sumber alam sekitar tersebut.

Selain itu, Rozali menyatakan nekad MPSP untuk Seberang Perai diiktiraf sebagai Bandar Raya Rendah Karbon boleh direalisasikan melalui amalan 8R atau ‘Rethink, Refuse, Reuse, Repair, Re-gift, Recover & Recycle’ membabitkan semua komuniti penduduk.