ZPP, peruntukan lebih RM7.5 juta untuk agihan sepanjang Ramadan

Admin

Oleh : ZAKAT PULAU PINANG

PROGRAM Nur Ramadhan merupakan program terbesar diadakan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) setiap tahun bagi mengagihkan bantuan zakat kepada asnaf fakir miskin sempena menyambut bulan Ramadhan AlMubarak.

Baru-baru ini, ZPP telah mengadakan 2 Siri Program Nur Ramadhan 2018. Kedua-dua program tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Hj Abdul Malik Bin Abul Kassim. Kesemua asnaf menerima wang tunai sebanyak RM600 berserta hamper dan beras.

Seramai 2,047 orang asnaf fakir miskin dari sekitar daerah Seberang Perai telah menerima bantuan dalam Program Nur Ramadhan 2018 Siri 1 yang telah berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Nilai agihan zakat dalam program tersebut adalah sebanyak RM 1,389,913.00.

Program Nur Ramadhan 2018 Siri 2 pula telah diadakan di Tapak Pesta, Sungai Nibong.

Program ini melibatkan seramai 777 orang asnaf fakir miskin dari daerah Timur Laut dan Barat Daya. Nilai agihan zakat pada hari tersebut pula adalah sebanyak RM 527,583.00.

Program Nur Ramadhan kali ini turut menyaksikan lima buah syarikat korporat telah bersama membantu
asnaf dengan menunaikan zakat perniagaan melalui ZPP.

5 syarikat tersebut adalah :- Celcom Axiata Bhd – RM 83,131.00 – Bank Islam (M) Bhd – RM 314,891.68 – PLUS (M) Bhd – RM 1,266,529.00 – Tenaga Nasional Bhd – RM 1,344,832.63 – Angkasa – RM 85,802.20 Pada tahun ini, ZPP memperuntukkan keseluruhannya sebanyak RM7,575,000.00 untuk diagihkan di sepanjang bulan Ramadan.

Moga dengan bantuan ini, meringankan beban asnaf fakir miskin. Terima kasih pembayar zakat