100 sertai Konvoi Volkswagen, MPSP lestari alam

BATU KAWAN – Hampir 100 buah kenderaan Volkswagen pelbagai model menyertai Konvoi ‘Think Blue’ baru-baru ini demi merealisasikan kempen kelestarian alam di Pulau Pinang.

Konvoi kendalian bersama syarikat pengeluar Volkswagen Pulau Pinang, penganjur, CreatiVision serta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tersebut bermula dari parkir Stadium Batu Kawan, di sini ke Padang Kota Lama, George Town.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif menyempurnakan upacara pelepasan konvoi tersebut.

“Konvoi ini diadakan untuk (kempen) kesedaran mengenai kelestarian alam. (Konvoi) ini satu permulaan bagi kita (MPSP),” ujar beliau di sini.

Wakil pemasaran Volkswagen Pulau Pinang, Elissa dan Ir. Razali Mohamud  (Setiausaha Perbandaran MPSP) turut hadir pada siang media itu.

Menurut Maimunah, konvoi tersebut adalah kali kedua dianjurkan secara bersama oleh CreatiVision dan MPSP selepas konvoi motor berkuasa tinggi pada tahun 2011.

Tambah beliau, kemuncak pada program konvoi kali ini adalah acara menanam pokok di Padang Kota Lama.

MAIMUNAH Mohd. Sharif (depan, bertudung ungu) bersamasama para peserta menunjukkan tanda bagus pada Majlis Flag- Off Think Blue Convoy di sini baru-baru ini.
MAIMUNAH Mohd. Sharif (depan, bertudung ungu) bersamasama
para peserta menunjukkan tanda bagus pada Majlis Flag-
Off Think Blue Convoy di sini baru-baru ini.