3 pelajar khas cemerlang PMR terima penghargaan

KETUA Menteri bergambar kenangan bersama-sama tiga pelajar cemerlang khas PMR termasuk Neoh Xin Er (dua dari kiri) pada Majlis Penyampaian Penghargaan Khas Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri bergambar kenangan bersama-sama tiga pelajar cemerlang khas PMR
termasuk Neoh Xin Er (dua dari kiri) pada Majlis Penyampaian Penghargaan Khas Kerajaan
Negeri di sini baru-baru ini.

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF


BAYAN BARU – Meskipun ditakdir tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), Neoh Xin Er, 15, tidak pernah menyesali kekurangan pada dirinya, malah, menjadikan ia sebagai batu pengalas dan semangat mencabar keupayaan diri menjadi insan serta pelajar cemerlang.

Beliau yang memperoleh 7A di dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini sentiasa bersikap positif dan ceria berprinsipkan bahawa setiap individu mampu meraih kejayaan.

“Setiap orang pasti boleh melakukannya dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Kita tidak sepatutnya tewas dan mudah mengalah dengan kekurangan diri sendiri tanpa mengira apa jua bidang yang kita lakukan serta ceburi,” ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George pada Majlis Penyampaian Penghargaan Khas Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng diadakan bersempena penganjuran Sambutan Rumah Terbuka Hari Krismas Peradanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) 2012.

Turut menerima, Chew Sui Teng yang memperoleh 6A 1B dan Khor Wei Quan, 7A 1B.

Semua pelajar terbabit masing-masing me n e r ima sijil penghargaan dan sumbangan bernilai RM300 untuk Xin Er dan Wei Quan manakala, RM250 (Sui Teng).

Dalam pada itu, Guan Eng ketika menyempurnakan majlis tersebut berkata, sumbangan terbabit merupakan tanda mata kecil kepada tiga pelajar khas berkenaan.

“Ini sebagai galakkan kepada pelajar khas terutamanya mereka yang mencapai prestasi baik dalam peperiksaan.

“Kejayaan mereka boleh dijadikan motivasi kepada orang lain sebagai galakkan untuk lebih berjaya,” ujarnya Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar PDC, Datuk Abdul Rahim Isahak dan Iskandar Basha Abdul Kadir.