Aliran trafik sekitar Komtar diubah atasi kesesakan

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Bermula 19 Disember lalu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang  (MPPP) mengimplementasikan penyusunan semula lalulintas secara ujian selama tiga bulan di sebahagian Lebuh Carnvon, sebahagian Jalan C.Y. Choy dan persimpangan berlampu isyarat Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu/Gat. Lebuh Macallum di sini baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Kejuruteraan MPPP, Ir. A. Rajendran berkata, pihak Majlis menyusun semula aliran lalulintas secara ujian selama tiga bulan di laluan-laluan tersebut.

“Di antara jalan yang terlibat adalah Lebuh Carnarvon di antara Jalan Magazine dan Jalan Dr. Lim Chwee Leong. Laluan yang dicadangkan ialah arah aliran dua hala di sebahagian Lebuh Carnarvon di antara Jalan Magazine ke Jalan Dr. Lim Chwee Leong menggunakan sistem pandu kanan.

“Manakala di Jalan C.Y. Choy, penyusunan semula lalulintas dicadangkan sehala di sebahagian jalan tersebut dari Jalan Dr. Lim Chwee Leong ke Jalan Magazine.

“Turut terlibat, persimpangan berlampu isyarat di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu/Gat. Lebuh Macallum yang mana para pemandu dilarang melakukan pembelokan ke kanan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Gat. Lebuh Macallum menuju ke Jalan C.Y Choy,” ujarnya pada sidang media mengumumkan penyusunan semula arah aliran lalulintas di sekitar kawasan Komtar di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Kejuruteraan MPPP, Addnan Mohd. Razali dan Jurutera Lalulintas MPPP, Zainuddin Mohamad Shariff.

Dalam pada itu, Rajendran berkata, lampu isyarat di persimpangan Jalan Dr. Lim Chwee Leong/Jalan C.Y Choy/Lebuh Pantai/Gat. Jalan Prangin akan dikeluarkan dengan pelaksanaan penyusunan semula lalulintas tersebut.

“Lampu isyarat akan dikeluarkan menjadikan arus aliran kenderaan dari arah Jalan Dr. Lim Chwee Leong ke arah Gat.

Jalan Prangin dan Lebuh Pantai lebih lancar tanpa perlu berhenti di persimpangan empat.

“Pemandu-pemandu adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai serta kelicinan aliran lalulintas di kawasan terlibat.

A D D N A N M o h d . Razali (kiri) menunjukkan peta laluan t r a f i k b a r u s a m b i l diperhatikan A. Rajendran di sini baru-baru ini.
A D D N A N
M o h d .
Razali (kiri)
menunjukkan
peta laluan
t r a f i k b a r u
s a m b i l
diperhatikan A.
Rajendran di
sini baru-baru
ini.