10,301 pecah rekod pengunjung Bukit Bendera

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

 

AIR ITAM  – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (MPPP) mengumumkan bahawa kawasan pelancongan itu menerima kehadiran penduduk paling tinggi pada Hari Raya Kedua Aidilfitri baru baru ini, iaitu seramai 10, 301 pengunjung.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, jumlah kehadiran itu sekaligus memecah rekod kunjungan pelancong sejak kawasan pelancongan itu dibuka pada tahun 1923.

Justeru, beliau menasihatkan PBBPP supaya terus menjadi imej Bukit Bendera memandangkan kawasan pelancongan itu kian menerima kunjungan dari dalam dan luar negara.

“Rekod pada tahun 2012 menunjukkan ianya telah dikunjungi seramai 1.2 juta pelawat. Ini sekaligus meningkatkan kehadiran lebih 75 peratus dari tahun sebelumnya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas usaha mereka selama ini yang mempromosikan Bukit Bendera hingga memecahkan rekod sebelum ini iaitu 9700 pelawat,”ujar beliau di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar PBBPP, Dr. Layrence Khoo turut serta dalam sidang media tersebut.

Guan Eng berkata, kerja-kerja pamajuan kawasan pelancongan Bukit Bendera sebelum ini mengambil masa hampir 10 bulan, iaitu bermula pada 30 Oktober tahun lepas dan siap pada 5 Ogos lepas.

Itu, termasuk pemajuan bumbung mudah alih di kawasan utama pelancongan atas Bukit Bendera yang bernilai RM3.7 juta.

Justeru, beliau berharap PBBPP Bakan terus berusaha keras dalam memajukan Bukit Bendera sebagai destinasi pelancongan dan percutian tanah tinggi utama di negara ini.