200 masjid terima sumbangan Ehya Ramadhan

Admin
(Dari kiri), ABDUL Halim Hussain, Mansor Othman, Ketua Menteri dan Abdul Malik Abul Kassim (kanan sekali) bersalaman dengan salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ehya Ramadhan di sini baru-baru ini.
(Dari kiri), ABDUL Halim Hussain, Mansor Othman, Ketua Menteri dan Abdul Malik Abul Kassim
(kanan sekali) bersalaman dengan salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan
Ehya Ramadhan di sini baru-baru ini.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

SUNGAI ARAPeruntukan sumbangan RM 213,000 kepada 200 masjid membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengabaikan pembangunan hal ehwal agama Islam sebagaimana difitnah pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Malah, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk mengimarahkan masjid di samping memartabatkan syiar Islam di sini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, sumbangan yang diberikan empat tahun berturut-turut membuktikan sokongan Kerajaan Negeri PR terhadap institusi masjid yang merupakan pusat perkembangan ilmu sertapembangunan ummah.

“Sumbangan yang diberikan adalah berupa wang tunai bernilai RM1,000 kepada masjid kawasan, masjid daerah (RM2,000) dan Masjid Negeri (RM5,000),’’ katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ehya Ramadhan di Masjid Al- Huda Sungai Ara di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman.

Dalam pada itu, Mansor menyeru umat Islam supaya lebih konsisten dalam mengimarahkan masjid kerana ia bukan tempat ibadah semata-mata, tetapi juga boleh dianjurkan program kerohanian dalam melahirkan umat yang beriman, bertaqwa dan progresif.