30 program menarik isi Kalender P.Pinang 2012

KETUA Menteri bergambar bersama 30 pengurus projek yang dilantik mengisi Kalendar Tahunan Pulau Pinang 2012 pada Persidangan Antarabangsa MICE Pulau Pinang Ke-2 2011 di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri bergambar bersama 30 pengurus projek yang dilantik mengisi Kalendar Tahunan
Pulau Pinang 2012 pada Persidangan Antarabangsa MICE Pulau Pinang Ke-2 2011 di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kira-kira 30 program menarik yang mengisi Kalendar Tahunan Pulau Pinang 2012 dilancarkan baru-baru ini pada Persidangan Antarabangsa MICE Pulau Pinang Ke-2 2011 oleh Ketua Menterinya, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Dengan inisiatif tersebut, beliau berkata, diharap dapat melonjak Pulau Pinang sebagai destinasi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICA) terbaik di rantau ini.

“Kita (Kerajaan Negeri) akan membina prasarana untuk kesempurnaan MICE di sini. Apabila prasarana kita terbaik, maka, Pulau Pinang akan menjadi destinasi pelaburan pilihan dunia,” ujarnya di Hotel Traders, di sini.

Beliau mahu rakyat kebanyakan di negeri berkenaan mengambil kesempatan untuk membina rangkaian pemasaran global melalui program-program yang disusun oleh Kerajaan Negeri.

Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang turut menyertai persidangan itu.

Kali pertama persidangan tersebut diadakan pada tahun 2010 adalah dengan memberi fokus untuk membuka jalan pada sektor-sektor kritikal melabur di negeri ini.

Persidangan kali ini pula, menurut beliau, diharap dapat meletakkan Pulau Pinang sebaris dengan negara bertaraf berpindustrian lain dari segi penyediaan prasarana bertaraf antarabangsa.