33 bakal jemaah haji dirai

SEBAHAGIAN bakal jemaah haji bergambar bersama tetamu kehormat yang turut serta dalam Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN bakal jemaah haji bergambar bersama tetamu kehormat yang turut serta dalam Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji di sini baru-baru ini.

 

PULAU BETONG – Seramai 33 bakal jemaah haji diraikan dalam suatu majlis yang diadakan khas di Masjid Daerah Balik Pulau di sini baru-baru ini.

Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji anjuran Pejabat Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong dan Teluk Bahang tersebut turut mendapat kerjasama dari Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Balik Pulau dan Pejabat Khidmat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, majlis berkenaan diadakan bagi meraikan bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci mengerjakan haji.

“Sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, kita faham debaran yang dilalui bakal tetamu Allah.

“Selamat berangkat ke Tanah Suci dan semoga dianugerahi dengan haji yang mabrur untuk semua,” ucapnya pada Majlis Meraikan Bakal bakal Haji di sini baru-baru ini.

Majlis diserikan dengan bacaan yasin, jamuan ringan, sesi bergambar dan sesi beramah mesra.

Dalam pada itu, semua bakal jemaah menerima RM100 sebagai sumbangan khas.

Hadir sama, Imam Utama Masjid Daerah Balik Pulau, Ustaz Che Amir Minhat; Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya, Ustaz Muhammad Fauzi Ibrahim; PPK Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail; PPK Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid dan pengerusi serta setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) DUN Pulau Betong dan Teluk Bahang.