Permainan politik punca kelewatan serahan sumbangan pelajar emas

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI DUAKetua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat di negeri berkenaan atas kelewatan Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan Program Pelajar Emas berjumlah RM100 yang didakwa berpunca oleh permainan politik Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

ANTARA penerima sumbangan Program Pelajar Emas.
ANTARA penerima sumbangan Program Pelajar Emas.

“Sepatutnya 110,000 ibu bapa kepada pelajar emas boleh terima wang sejak bulan Ogos tahun lepas, tetapi ini Wee Ka Siong (ka Siong) halang sekolah bekerjasama dengan kita (Kerajaan Negeri).

“Saya sungguh-sungguh minta maaf sungguhpun yang haling pelajar-pelajar emas kita dari menerima wang ini adalah Wee Ka Siong (ka Siong),” ujar beliau di Dewan Besar Sungai Dua, di sini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, A.Thanasekaran (Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam), Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, SPU) turut hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Emas dan Pelajar Emas Peringkat Daerah SPU.

Guan Eng berkata, pemberian sumbangan kepada 224 pelajar emas di Daerah Timur Laut pada 16 Oktober lepas adalah upacara simbolik anjuran Kerajaan Negeri sahaja.

Beliau berkata, seramai 36,907 pelajar emas dari Tahun 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4 yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebenarnya layak untuk menerima sumbangan RM100 secara‘one-of f ’ secara berperingkat.

Itu, tidak termasuk 18,208 anak emas yang berdaftar dan layak menerima RM200.

“Untuk Majlis di Daerah SPU hari ini (6 Oktober lepas), seramai 2,455 anak emas layak menerima dan sebagai simbolik, kita menjemput 90 anak emas untuk diraikan, manakala, 270 orang menerima bagi kategori Pelajar Emas,” ujar beliau sambil meminta mereka yang layak supaya menuntut sumbangan dari Pejabat Daerah masing-masing.

PASANGAN kembar yang menerima sumbangan dibawah Program Anak Emas Kerajaan Negeri
PASANGAN kembar yang menerima sumbangan dibawah Program Anak Emas Kerajaan Negeri