350 murid, pelajar terpilih terima bantuan pakaian seragam sekolah

Admin
SERI DELIMA – Seramai 350 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengab terpilih dari KADUN Seri Delima menerima bantuan pakaian seragam sekolah dalam Majlis Penyerahan Pakaian Seragam Sekolah yang diadakan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bukit Gelugor, 1 Disember lalu.
Program anjuran Pusat Khdimat Seri Delima bersama-sama JKKK setempat itu dihadiri oleh kira-kira 500 orang terdiri daripada penerima beserta waris.
“Antara JKKK terlibat adalah JKKK Bukit Gelugor, JKKK Greenlane Heights, JKKK Island Glades, JKKK Lengkok Bawah, JKKK Jalan Aquarium serta JKKK Island Park.
“Setiap penerima pada hari ini (1 Disember) menerima baucar tunai bagi membolehkan mereka membeli pakaian seragam sekolah di kedai terpilih,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid ketika dihubungi baru-baru ini.
Difahamkan, mereka turut menerima kalendar tahun 2019 edisi istimewa.
Sementara itu, dalam program berasingan, Syerleena turut mengagihkan 5,000 unit kalendar 2019 khas buat penduduk di KADUN Seri Delima.
“Edaran dibuat di kawasan perumahan, pasar malam, serta kedai kopi sekitar Seri Delima yang merupakan antara kawasan tumpuan umum.
“(Dan) program ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Khidmat saya demi kemudahan penduduk di KADUN Seri Delima,” jelasnya yang turut mementingkan kebajikan rakyat di sini.
Oleh : YUSNINA MOHAMAD YUSOF
Gambar : ADUN