50 projek cegah banjir berskala kecil mula dilaksanakan tahun ini – Exco

PERAI – Kerajaan Negeri Pakatan Harapan P u l a u P i n a n g  b a g i  t a h u n  2 0 1 8 memperuntukkan sejumlah RM200 juta untuk pelaksanaan kira-kira 50 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berskala kecil di kelima-lima daerah di negeri ini.

Mengulas lanjut, Exco Kerajaan Tempatan Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berharap risiko banjir dapat dikurangkan selepas semua projek tersebut siap kelak.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir untuk memberi tumpuan memastikan semua projek dirancang, yang sudah dipanggil tender, (yang) akan dibuat keputusan, pastikan projek-projek ini dapat dilaksanakan seperti mana matlamat ditetapkan.

“Maksudnya, pada tahun (2018) ini, banyak fokus pada pelancaran projekprojek…bukan bermaksud semuanya akan siap pada tahun ini, tetapi projek-projek ini akan mula dilaksanakan pada tahun ini,” jelasnya ketika mengadakan lawatan tapak dekat Taman Chai Leng di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Kon Yeow, pihaknya turut memperuntukkan RM6 juta untuk pelaksanaan projek penarafan sistem perparitan serta pemasangan pam air bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Zon Perindustrian Perai kelak.

Sebelum itu, Kon Yeow bersama-sama beberapa Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pemangku Pengarah Kejuruteraan MPSP, Baderul Amin Abdul Hamid dan Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Mohd.

Nasyarul Ahmad Rizan turut turun meninjau projek penarafan sistem perparitan Taman Chai Leng bernilai RM1.9 juta, yang baru siap dimajukan.