6 gelanggang badminton promosi gaya hidup sihat

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

BAGAN – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melalui Public Private Partnership pihaknya dan kerjasama Persatuan Badminton Pulau Pinang (PBA) mengambil inisiatif khas membina enam buah gelanggang badminton bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda di sini.

Yang DiPertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, program kerjasama tersebut dilaksanakan sebagai satu pelan penyediaan kemudahan bersukan di kawasan mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

“Ia adalah inisiatif bagi menggalakkan masyarakat supaya mementingkan gaya hidup sihat.

“Malah, sebagai tambahan, semua sekolah di Seberang Perai yang menyertai projek inisiatif Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC), Projek Sekolah Hijau bakal diberi akses percuma untuk menggunakan g e l a n g g a n g – g e l a n g g a n g berkenaan,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Gelanggang Badminton di bawah Projek Komuniti LA21 MPSP di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden PBA, Dr. Koay Ban Hing; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng dan Exco Kesihatan,
Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri amat menggalakkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan riadah bersama-sama keluarga serta teman-teman.

Serentak itu, kita turut meluangkan masa bersama-sama anak-anak di samping membina jaringan komuniti ke arah sihat dan masyarakat lebih penyayang,” jelas beliau.

Tambahnya, pada masa akan datang, pelbagai kemudahan lain untuk aktiviti kemasyarakatan bakal dibina seperti lokasi latihan tarian singa, zigong, tai chi.

“Inisiatif tersebut adalah sebagai usaha memupuk kebersamaan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Saya berpuas hati dengan perkembangan projek ini dalam menjadikan Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat,” kata Guan Eng.

SALAH seorang pemain badminton cilik, Goh Jin Wei (jersi hijau) menerima servis daripada Ketua Menteri bersempena Majlis Pelancaran Gelanggang Badminton di bawah Projek Komuniti LA21 MPSP di sini baru-baru ini.
SALAH seorang pemain badminton cilik, Goh Jin Wei (jersi hijau) menerima servis daripada Ketua
Menteri bersempena Majlis Pelancaran Gelanggang Badminton di bawah Projek Komuniti LA21 MPSP
di sini baru-baru ini.