Abdul Rahman kekal TYT

Admin
ABDUL Rahman Abbas menandatangani surat pelantikan semula beliau di Seri Mutiara di sini baru-baru ini.
ABDUL Rahman Abbas menandatangani surat pelantikan semula beliau di Seri Mutiara di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Tun Abdul Rahman Abbas dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang (TYT) bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kesil, Istana Negara 19 April lalu.

Abdul Rahman menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada suatu majlis penuh adat istiadat.

Upacara pelantikan tersebut turut dihadiri Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Abdul Rahman, 73, yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Beliau yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat cahaya mata.