Acara kebudayaan Iran rapat hubungan baik dua pihak

 

SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir memeriahkan penganjuran ‘Persian Cultural Night’ yang julung kali diadakan di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir memeriahkan
penganjuran ‘Persian Cultural Night’ yang julung kali diadakan di sini baru-baru ini.

JULUNG KALI… Dengan kerjasama pihak Kedutaan Iran di Malaysia, ‘Persian Cultural Night’ b e r o r i e n t a s i k a n kebudayaan bagi memperkenalkan dan mempromosikan Iran sebagai sebuah Negara yang bukan sahaja terkenal dengan kekayaan minyak, malah adat, budaya serta seni telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Pinang di sini baru-baru ini.

Ruang pemeran mempamerkan gambar serta hasil seni Iran cukup menggambarkan negara tersebut kaya dengan budaya dan warisan sebagaimana di negeri ini. Malah, beberapa bandar seperti Esfahan turut mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan dunia seperti George Town di sini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang hadir memeriahkan penganjuran tersebut menyatakan bahawa acara berkenaan bakal membuka jalan persefahaman antara dua negara.

Dalam pada itu, Duta Iran ke Malaysia, Dr. Mohamad R.S Dolatabadi turut berharap usahasama tersebut dapat dipertingkatkan bagi merapatkan hubungan baik kedua-dua pihak.

Turut hadir, Exco Pembangunan, Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang, Timbalan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Organisasi Pelancongan Iran, Dr. Manouchehr Jahanian, Konsulat Jeneral Indonesia, Chillman Arisman, Konsulat Jeneral Thailand, Voradet Viravakin dan Konsulat British, Robert Hawkin.