ACM Boss julang Piala Ketua Menteri selepas jinakkan Fenhas pada aksi akhir

Admin
73161030 2ecd 4ccf a8d3 7617fe910012 MOHD. Balkish Othman (berdiri, empat dari kiri) dan barisan peneraju penganjur temasya lain merakamkan gambar kenangan bersama-sama ACM Boss yang menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Serantau Piala Ketua Menteri di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh di sini pada 17 Mei 2026.

SEBERANG JAYA – Dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pasukan sepak takraw ACM Boss mengesahkan status mereka sebagai jaguh selepas berjaya merebut gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Serantau Piala Ketua Menteri edisi tahun ini.

Dalam aksi final yang berlangsung sengit di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh petang tadi, ACM Boss menampilkan aksi luar biasa apabila menewaskan pencabar terdekat mereka, Fenhas, 2-0.

Mewakili Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd. Balkish Othman menyampaikan hadiah wang tunai berjumlah RM6,666 berserta piala kejohanan kepada ACM Boss.

b0b3972c 64af 42f1 bb42 02deb541091bSementara itu, naib juara Fenhas membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,333.

Berkongsi kedudukan tempat ketiga kejohanan, SG dan KPT MASUM masing-masing membawa pulang wang tunai RM999.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari sejak semalam (16 Mei 2026) itu turut menyaksikan Muhammad Ikmal Hakimi Azli Sham dinobatkan sebagai tekong terbaik kejohanan, bersama-sama Muhammad Redwan Hakim Muhammad (apit kanan terbaik) dan Muhammad Aiman Hakim Zakari (apit kiri terbaik).

Ketiga-tiga pemain terbaik berkenaan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai serta sepasang kasut eksklusif bagi acara sepak takraw.

429474f4 5e08 4750 8cc2 f3a7e1c469b2 97fdb75a 96eb 4362 a01a 8cd24c4abd87Terdahulu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi dalam ucapan perasmian kejohanan berkata, sebanyak 24 pasukan termasuk dua penyertaan antarabangsa dari Thailand berentap bagi merebut kejuaraan Kejohanan Sepak Takraw Serantau Piala Ketua Menteri kali ini, sekali gus meningkatkan prestij temasya tersebut.

Di samping itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, sambutan sepanjang acara pembukaan pagi semalam menjadi petanda positif terhadap landskap sukan negeri menjelang temasya sukan terbesar rantau ini iaitu Sukan SEA 2027.

Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara sepak takraw sempena temasya Sukan SEA 2027.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS