ADUN lawat kejadian siling bumbung usang, runtuh

SUNGAI PINANG – Kejadian runtuhan siling bumbung usang dipercayai dari tingkat 21, Blok A Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai di sini mengakibatkan kerosakan pada sebuah kenderaan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim ketika melawat kawasan kejadian itu mengesahkan bahawa tiada sebarang kemalangan membabitkan orang awam.

“Tiada kemalangan awam, hanya sebuah kenderaan rosak kerana cermin pecah,” jelasnya pada sidang media khas di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Makbul, Mohd Hussain turut sertai Siew Khim melawat lokasi kejadian.

Blok A Flat PPR Jalan Sungai terletak di kedudukan hadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad serta bersebelahan Flat PPR Jalan Sungai dan Flat Turnkey.