ADUN luang masa riadah bersama penduduk

Admin

AKTIF… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Mohd. Rashid Hasnon bukan sahaja banyak terlibat dalam program kepimpinan dan kaunseling, malah turut aktif dalam aktiviti kesukanan.

Baru-baru ini, Mohd. Rashid yang juga merupakan Timbalan Ketua I turut meluangkan masa menjadi pengadil pertandingan mewarna yang
diadakan di Uptown Bayan Baru, sempena Karnival Mini Auto Show.

Sejurus selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna, Mohd. Rashid juga sempat mencuba aktiviti menembak menggunakan senapang ‘paintball’ dan beramah mesra dengan para pengunjung serta peniaga di sini.