ADUN serah 100 anak pokok teduhan, simbolik ulang tahun ke-100 SMJK (P) Cina Pulau Pinang

Admin
CHRIS Lee Chun Kit (enam dari kanan) menyampaikan salah satu pokok kepada Chua Kooi Yong (enam dari kiri) di perkarangan sekolah pagi ini.

PULAU TIKUS – Sebanyak 100 anak pokok teduhan diserahkan kepada pentadbiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Perempuan Cina Pulau Pinang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Lee Chun Kit ketika ditemui selepas majlis penyerahan tersebut berkata, beliau menghadiahkan anak-anak pokok berkenaan sempena merayakan ulang tahun ke-100 tahun sekolah berkenaan yang akan tiba 500 hari lagi.

Pokok-pokok ini akan ditanam pada 25 Oktober ini, di mana tarikh tersebut merupakan hitungan selama 500 hari lagi menjelang ulang tahun ke-100.

Ini merupakan langkah pertama yang saya lakukan iaitu penyerahan 100 anak pokok kepada sekolah… saya yakin selepas ini akan banyak program dan kerjasama akan terjalin dengan banyak pihak lain lagi,” ujarnya.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tan Hooi Ping; Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Datuk Chua Kooi Yong dan Pengetua SMJK (P) Cina Pulau Pinang, Chong Fook Yong.

Fook Yong dalam pada itu menyatakan, pada tanggal 8 Mac 2020, sekolah berkenaan akan merayakan ulang tahun ke-100nya.

Teks & Gambar: WATAWA NATAF ZULKIFLI