Akademi Bola Sepak Junior buru bintang sukan

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

PULAU BETONG – Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail menubuhkan Akademi Bola Sepak Junior bagi memburu bintang sukan buru untuk diketengahkan.

Beliau berkata, inisiatif itu demi melahirkan komuniti sihat selari dengan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat yang diperkenal oleh Kerajaan Negeri.

“Akademi Bola Sepak merupakan inisiatif perintis bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kongsi dan
Kelab Rekreasi Kongsi.

“Kita mahu menghidupkan kegemilangan arena bola sepak negara khususnya dan kanak- kanak yang hadir semuanya berpotensi, yang penting kita perlu gilap dari awal lagi,” kata Tuah dekat Padang Awam Kongsi di sini baru-baru ini.

Penyertaan hanya dibuka kepada kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun. Info lanjut, hubungi Tuah menerusi telefon 019-570 9500 atau emel tuahismail@yahoo. com.