Anak yatim Permatang Bendahari dirai

Admin

PENAGA – Seramai 33 orang anak yatim dan 20 orang penerima sumbangan zakat, Pusat Urusan Zakat Negeri Pulau Pinang (PUZPP), diraikan dalam satu Majlis Penyerahan Zakat dan Sumbangan kepada Anak Yatim KADUN Penaga, baru-baru ini.

Majlis yang dikelolakan oleh Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras Penaga, turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah PUZPP, Tuan Haji Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman.

Menurut Pegawai Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Penaga, Rosidi Hussain dalam ucapan beliau, tahun ini, jumlah penerima sumbangan jauh lebih ramai berbanding tahun lalu iaitu 101 penerima sehingga kini berbanding 30 penerima sahaja pada 2010.

Tambah beliau lagi, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat menggembirakan penerimanya dan mampu meringankan sedikit bebanan saraan hidup.

Hidup ini untuk memberi. Malah termaktub dalam al-Quran, meraikan anak yatim dalam apa jua amatlah disukai Allah SWT,” ujar beliau yang berpegang kepada falsafah “We Walk The Talk”.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih beliau kepada Kerajaan Negeri, badan-badan korporat, warga kilang, Masjid at-Taqwa Taman Bertam Indah dan JKKK kerana banyak memberi sokongan tanpa mengira latar belakang politik dalam melaksanakan tanggungjawab dan kebajikan terhadap masyarakat Pulau Pinang, amnya.