Terima kasih YB!

Admin
SITI Nur Adilah Abdul Wahab (dua dari kanan) menerima sumbangan komputer riba daripada  S.N. Rayer (kiri sekali) sempena Majlis Berbuka Puasa di Dewan JKKK Sungai Gelugor di sini baru-baru ini.
SITI Nur Adilah Abdul Wahab (dua dari kanan) menerima sumbangan komputer riba daripada S.N. Rayer (kiri sekali) sempena Majlis Berbuka Puasa di Dewan JKKK Sungai Gelugor di sini baru-baru ini.

219, Tingkat Sungai Gelugor 5,

11700 Gelugor, Tel. :04-6574448 / hp: 012-5506607

Pulau Pinang Emel: [email protected]

=====================================================================

Tarikh : 22 Ogos, 2011

Y.B. Tuan S.N. Rayer a/l Rajaji,

Ahli Dewan Undangan Negeri (Seri Delima),

5, Tingkat Tembaga, Island Park,

11600 PULAU PINANG

Y.B. Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Dengan hormatnya saya dan anak saya, Siti Nur ’adilah binti Abdul Wahab ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas pemberian sebuah laptop (jenama LENOVO G470) yang telah disampaikan oleh Y.B. tuan kepada kami pada petang Sabtu lalu, 20 Ogos, 2011 sempena Majlis Berbuka Puasa di Dewan JKKK Sungai Gelugor.

Sesungguhnya pemberian tersebut amatlah bermakna kepada kami, di mana anak saya dapat menggunakannya di universiti nanti.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat dari kami,

(Abdul Wahab bin S. Daud, PKT, PJK) (Siti Nur ‘adilah binti Abdul Wahab)