Bajet 2014 – realistik & penuh tanggungjawab

APA YANG RAKYAT DAPAT DALAM BAJET 2014?

Memantapkan Agenda Ekonomi Saksama (AES)

  • Pendapatan bulanan isi rumah akan dicukupkan RM790 mulai tahun depan, berbanding RM770 pada tahun 2013.
  • RM75 juta untuk Program Keemasan (RM200 Anak Emas; RM100 Warga Emas, Ibu Tunggal, OKU, Pelajar Emas; dan RM1,000 waris warga emas meninggal dunia).
  • RM100 Ibu Emas sepenuh masa (program baru).
  • RM1.3 juta atau RM600 dalam dua bayaran tahun 2014 untuk pemandu teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa. Julai lepas, RM300 telahpun dibayar kepada mereka.

Memartabat Islam

  • RM11.17 juta diperuntukan untuk pembangunan institusi masjid, surau dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) supaya terus berdaya saing tahun lepas. Jumlah itu meningkat 9.3 peratus berbanding tahun 2013, iaitu berjumlah RM10.22 juta.
  • Dua blok tambahan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang bernilai RM6 juta akan dibina.
  • Itu, tidak termasuk rancangan menubuhkan Lembaga Wakaf sebagai anak syarikat kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk memajukan aset wakaf.

Penang Free WiFi

  • 1,550 lagi hotspot Penang Free WiFi dipasang mulai tahun depan dalam tempoh tiga tahun, selepas 1,550 hotspots siap dipasang pada Ogos 2012. Jumlah keseluruhan hotspot 3,100 unit.

Cegah Jenayah

  • RM3.2 juta pasang 180 CCTV mulai tahun ini dan tahun depan. 284 telahpun dipasang sebelum ini demi cegah jenayah.

Penyelidikan

  • RM25 juta untuk pendidikan sains dan teknologi melalui Penang Science Cluster dan Inisiatif Tech-Dome.
  • RM4 juta untuk Penang Institute (PI) di bawah Prof. Datuk Dr. Woo Wing Thye untuk misi Making Ideas Work.

Pendidikan

  • Peruntukan tetap RM12 juta tetap kepada semua sekolah bantuan modal.
  • Dengan kerjasama Kerajaan Pusat, sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil akan dibina di kawasan Air Putih atas tanah seluas 3-5 ekar.
  • Kerajaan Negeri sumbang tanah secara percuma jika Pusat setuju bina Sekolah Menengah Tamil di Bagan.

Pemeriksaan Mamogram Percuma

  • Peruntukan RM3.5 juta dengan sasaran pemulaan 52,000 wanita (daripada 867,000 orang keseluruhannya) berumur 35 tahun ke atas tahun depan.

Pusat Dialisis CAT

  • Setiap rawatan RM30 sahaja, kadar terendah.
  • Satu Pusat Dialisis CAT dibina Balik Pulau dan mula beroperasi pada 10 Jun lepas. Manakala, satu lagi pusat serupa akan dibina Seberang Jaya.

Tingkat pemilikan rumah Kos Rendah (KR) & Kos Sederhana Rendah (KSR)

  • Kerajaan Negeri akan membina 385 unit KR di Mak Mandin dan Ladang Kaledonia, S.P. Chelliah (770 KSR), Teluk Kumbar (346 KSR), Jelutong (556 KSR), Pintasan Cecil (298 KSR), Bandar Cassia Batu Kawan (3,372 KSR), Kampung Jawa (353 KSR), Ampang Jajar (600 KSR), Bukit Mertajam (484 KSR) dan Juru (800 KSR).
  • Fasa 1 Bandar Cassia mengandungi 520 unit siap dibina akhir tahun ini. Kira-kira 11,300 unit lain akan dibina secara berfasa dalam masa 10 tahun hingga 15 tahun.
  • Kerajaan Negeri akan melancar projek membina 694 unit rumah mampu milik di Teluk Kumbar dan Kampung Jawa (707 unit) masing-masing pada Februari dan Mei tahun depan.
  • Pelancaran projek membina 1,900 unit rumah di Jalan S.P. Chelliah pula dijangka pada akhir tahun ini.
  • Itu, tidak termasuk kawasan-kawasan lain yang dikenal pasti seperti Jelutong (226 unit), Ampang Jajar (1,200), Bukit Mertajam (968 unit) dan Juru (1,600 unit).
  • Kerajaan Negeri memperkenal Skim Pemilikan Bersama Pulau Pinang dengan kadar pinjaman tanpa riba 30 peratus daripada harga rumah memandangkan rakyat sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman bank antara 90 peratus hingga 100 peratus.
  • Tawar 30 peratus pinjaman tanpa riba
  • Atas maksud itu, 104 unit rumah KR jenis town house di Taman Sungai Duri Permai dekat Seberang Perai Selatan (SPS) telahpun dibeli untuk dijual kepada pembeli yang berdaftar dengan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri.
  • Pembeli hanya perlu meminjam 70 peratus harga pasaran rumah RM38,000 daripada bank, manakala, baki 30 peratus lagi adalah pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Negeri.

Sewa beli 51 KR

  • Kadar sewa adalah RM100 sebulan dengan kos penyelenggaraan RM20 sebulan kepada mereka yang layak memohon pembelian 51 unit rumah pangsapuri di Taman Seruling Emas, SPS.

Baik Pulih & Penyelenggaraan Perumahan

  • RM15.8 juta untuk kerja menaik taraf lif, pendawaian semula, membaiki kerosakan bumbung, mengatasi keretakan di tujuh Kompleks Rancangan Perumahan Awam di Pulau Pinang. Tahun 2013, peruntukan sama berjumlah RM12.5 juta sahaja.

Pergerakan Kewanitaan

  • Perbandanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menubuhkan Briged Wanita Pulau Pinang dengan anggaran keahlian di kelima-lima daerah berjumlah 1,500 orang.
  • Pergerakaan kewanitaan itu akan menjadi pemudahcara kepada semua wanita berumur 35 tahun dan ke atas menjalani pemeriksaan payudara secara percuma, selain, membantu urusan pendaftaran suri rumah sepenuh masa untuk menerima sumbangan RM100 Program Ibu Emas.

Pembangunan Belia & Sukan

  • RM250,000 untuk mengembangkan kegiatan sukan di kelima-lima daerah bermula tahun depan.
  • Naik kadar bayaran insentif sebanyak 50 peratus untuk pemenang di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) bermula tahun lepas.
  • Fitness centre akan dibangunkan di Tingkat 47, Komtar untuk kakitangan kerajaan.
  • Dengan kerjasama Yayasan ECM Libra, Kerajaan Negeri membina Penang Youth Learning Centre bernilai RM4 juta di Kampung Buah Pala.

Pertanian & Perikanan 

  • Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Juru di Seberang Perai Tengah (SPT) seluas 115.2 hektar dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) Penaga, Seberang Perai Utara (SPU) seluas 277.6 hektar akan dibangunkan sepenuhnya dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menjadi jaguh dalam pengeluar agro makanan Negara.
  • Pemberian bantuan pukat pantai kepada 2,981 nelayan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di seluruh Negeri Pulau Pinang melibatkan peruntukan RM1.6 juta.
  • Merancang pemberian dana Tabung Usahawan Tani Muda berjumlah RM5,000 seorang mulai tahun 2014 kepada bakal usahawan-usahawan tani muda dari seluruh negeri dalam bentuk mikrokredit.

Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kewangan Negeri, MAINPP, Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PBAPP) dianugerah sebanyak RM15,000 kerana masing-masing ber jaya mencapai penarafan empat bintang.

Bonus untuk kakitangan awam

  • Pemberian bonus tahunan 2013 setengah bulan gaji dengan minimum RM700 dibayar lebih awal, iaitu pada Disember ini.
  • Guru dan penyelia KAFA akan diberi RM400 seorang.
  • Menjelang Hari Raya Aidilfitri lepas, 3,910 penjawat awam telahpun menerima bonus raya setengah bulan gaji dengan minimum RM600. Guru dan penyelia KAFA menerima RM300 seorang. Kesemuanya menelan belanja RM4.4 juta.
  • Itu tidak termasuk, pemberian bonus 2013 setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 yang dibayar pada awal Januari tahun depan, sebagaimana diumumkan Kerajaan Pusat.
  • Keseluruhan pemberian bonus oleh Kerajaan Negeri kepada penjawat awam bagi tahun 2013 adalah satu bulan gaji.
  • RM400 kepada guru dan penyelia KAFA.
  • Elaun JKKK naik
  • Elaun bulanan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Komuniti (JKKK) masing-masing dinaikkan RM200, menjadi RM650 dan RM550 bermula Januari tahun depan.
  • Pengurusan 287 JKKK bagi tahun 2013 berjumlah RM5.73 juta, iaitu tambahan RM1.38 juta daripada peruntukan tahun itu.
  • Elaun bulanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dinaikkan menjadi RM6,000 berbanding sebelum ini, RM4,112.79 sahaja berkuatkuasa Januari tahun depan.
  • Elaun bulanan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dinaikan menjadi RM2,000 berbanding sebelum ini, RM1,000 sahaja.